JAM

13 Februari, 2015

Hari Kiamat


Sebahagian siri Islam150px
Rukun Iman
Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah "As-Saa’ah". Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk YahudiKristian dan Islam.

Etimologi

Hari Kiamat dari segi bahasa bermaksud "Hari Kebangkitan Manusia", terdiri daripada 3 suku kata, iaitu:
  1. Yaum (يوم‎) = Hari, masa atau tempoh
  2. Qiyam (قيام‎) = Tegak, bangkit, berdiri
  3. `Ummah (أمة‎) = Umat, bangsa
Dari segi istilah Yaumul Qiyamah sering dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya). Yaumul Qiyamahsama halnya dengan Yawm ad-Din yang bermaksud suatu tempoh (masa) dimana ianya akan terjadi kebangkitan sebuah komuniti umat manusia yang hidup berlandaskan agama Allah (dinullah). Umat ini bangkit 700 tahun sekali dengan diutusnya seorang rasul daripada umat tersebut.

Fasa kehidupan selepas Barzakh

Selanjutnya makhluk menjalani fasa Yawn al-Mahsyar "Hari berkumpul di Mahsyar" kemudian Yawm ad-Din "Hari Penghakiman" (Arabيوم الدين‎) adalah hari dimana Allah memutuskan segala perbuatan makhluk-Nya. Percaya Hari Akhir juga merupakan salah satu daripada rukun iman bagi setiap umat islam agama Islam.
Siri daripada kisah ini menurut pemahaman umum adalah penghancuran dari semua makhluk, kebangkitan makhluk yang telah mati dan penghakiman untuk seluruh makhluk. Waktu dan bila terjadinya hari kiamat tiada sesiapapun makhluk Allah yang mengetahuinya, tetapi Allah telah memberikan tanda-tanda besar dan tanda-tanda kecil yang akan terjadi mendekati waktu Qiyamah (Kehancuran) dan kesemuanya telah direkodkan. Pengadilan terakhir membentuk satu tema utama daripada ayat Qur'an. Banyak ayat-ayat Qur'an, khususnya yang paling awal, didominasikan dengan kisah menjelangnya Hari Kebangkitan.

Nama-nama hari kiamat dalam Islam

Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:
Rumi (transliterasi)ArabTerjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯيوم القيامةHari kebangkitan
al-Sā'aṯالساعةWaktu
Yawm al-Akhīrيوم الآخرHari Akhir
Yawm al-Dīnيوم الدينHari akhir (agama)
Yawm al-Faṣlيوم الفصلHari keputusan
Yawm al-Ḥisābيوم الحسابHari perhitungan
Yawm al-Fatḥيوم الفتحHari pengadilan
Yawm al-Talāqيوم التلاقHari perpisahan
Yawm al-Jam'(i)يوم الجمعHari pengumpulan
Yawm al-Khulūdيوم الخلودHari kekekalan
Yawm al-Khurūjيوم الخروجHari Keluar
Yawm al-Ba'thيوم البعثHari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯيوم الحسرةHari penyesalan
Yawm al-Tanādيوم التنادHari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯيوم الآزفةHari mendekat
Yawm al-Taghābunيوم التغابنHari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īdيوم الوعيد
Yawm al-Aẕīmاليوم العظيمHari agung
al-Yawm al-Masyhūdاليوم المشهودHari penyaksian
al-Qāri’aṯالقارعةBencana yang menggetarkan
al-GhāsyiaṯالغاشيةBencana yang tak tertahankan
al-ṢākhkhaṯالصاخةBencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrāالطامة الكبرىBencana yang melanda
al-ḤāqqaṯالحاقةKebenaran besar
al-Wāqi'aṯالواقعةPeristiwa besar
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kiamat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar